-->

Sunday, April 15, 2012

Shine

Sudah lama rasanya aku tidak memuat lagu aku dalam blog. Blog ni pun dah lama bersawang. Baru hari ni ada kesempatan untuk membuang kesemua sawah sawah padi yang dh tumbuh atas laman blog aku.

Ni lagu baru buat 2 malam lepas. Harap korang suka. Kualiti macam biasa la. Selagi tiada studio sendiri, selagi tu la kaya dengan zat-zat noise yang bingit.

alaqam - Falls Again


Download:
http://www.4shared.com/mp3/xzieHcou/Falls_Again.html
                      


Tuesday, February 28, 2012

Temporary

Perginya aku bukan selamanya,
Semuanya hanya bersifat sementara,
Aku pergi meninggalkan lara,
Seluruhnya akan bila sampai masanya.

Wednesday, February 22, 2012

Abstrak

Tak semua yang tahu. Tak semua juga yang ingin ambil tahu. Dan tak semua yang perlu tahu.
Apa yang dikatakan penipuan, tidak akan semestinya dianggap kebenaran oleh mereka-mereka yang menganggap semuanya semata lakonan. Apa yang nyata dikata dusta. Apa yang dusta, dikata sebaliknya. Akan tetapi kita mudah lupa. Setiap satunya akan dibongkar oleh masa. Oleh masa. Bukan sesiapa. Masa juga sebenarnya tidak ingin untuk membongkar. Tetapi masa harus akur pada keadaan. Masa berasa kasihan terhadap yang berhadapan. Masa tahu dia perlu lakukan apa yang tidak dilakukan oleh mereka yang telah terperangkap di dalam kesilapan. Kesilapan yang bukanlah dari mereka yang dianggap penipuan. Tetapi kesilapan daripada mereka yang mengakui tidak lain dari kebenaran, yang sebenarnya penipuan. Berbelit bukan?
Kerana kenenaran, hanya akan diketahui oleh orang yang benar-benar Memerlukan. Itulah kehidupan.

Sent from my iPad

Abstrak